Kuala Lumpur �- Pemuda UMNO Sabah akan menggunakan pendekatan strategi �luar biasa� secara menyeluruh di negeri itu dalam usaha memperkukuhkan jentera parti di setiap peringkat sekaligus mengekalkan rekod kemenangan cemerlang Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun Ketua Penerangannya, Mohd Nazri Abdullah belum bersedia mendedahkan strategi tersebut tetapi menyatakan ia merupakan kesinambungan daripada gerak kerja jentera parti sebelum ini.
Gerak kerja tersebut jelasnya telah memberi impak yang begitu positif namun pada kali ini pelaksanaannya akan dilakukan secara agresif bagi meningkatkan lagi kecekapan khususnya jentera pilihan raya Pemuda BN negeri.
�Selain pendekatan turut padang secara total untuk mendekati masyarakat akar umbi, jentera Pemuda juga akan memainkan peranan sebagai pemudah cara kepada rakyat bagi menyalurkan pelbagai maklumat dan penerangan bagi memupuk kefahaman jitu berhubung dasar perjuangan parti seterusnya mengunci percubaan pembangkang untuk menaburkan pelbagai dakyah pembohongan�, katanya kepada laman webPemuda ketika dihubungi di sini, hari ini.
Melalui pendekatan seumpama ini beliau yang juga Ketua Penerangan Pemuda BN negeri percaya ia akan memberi nilai tambah kepada gerakan jentera parti yang setakat ini telah melaksanakan setiap program yang dirancangkan dengan sistematik dan berkesan.
Isnin, 8 Jun 2009
Strategi Pemuda Umno Sabah
Dicatat oleh
bushgunners
di
10:18 PTG
Label: Pemuda Umno
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan