Isnin, 8 Jun 2009

Pemuda Umno Kinabatangan

KINABATANGAN: Umno Bahagian Kinabatangan mensasarkan lebih 5000 pengundi baru akan didaftar kepada Suruhajaya Pilihanraya (SPR) dalam tahun ini.
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kinabatangan, Matmin Etin berkata gerakan pendaftaran pengundi baru ini telah dilaksanakan bermula 16 Mac lepas.
"Setakat ini kita telah mendaftar hampir 500 orang pengundi baru termasuk sejumlah kecil pengundi yang beralamat di luar Kinabatangan," katanya ketika melihat program gerakan pendaftaran bergerak di Tongod, baru-baru ini.
Beliau menambah telah sepuluh buah zon dari pada 21 zon mengundi telah digerakkan pendaftaran secara bergerak ini.
"Setiap kali Umno bahagian melaksanakan program, pihaknya akan menjalankan program pendaftaran bergerak ini selaras dengan misi dan visi Ketua Umno Bahagian yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar Radin," katanya sambil menambah gerakan pendaftaran ini turut mendaftar ahlia-hli Umno baru dan pendaftaran kebajikan.
Matmin menegaskan program pendaftaran bergerak ini akan dilaksanakan oleh pergerakan pemuda secara berterusan dalam program-program akan datang di 21 zon mengundi ini.
Dalam pada itu, beliau turut memberitahu dimana Pergerakan Pemuda Umno Kinabatangan akan melaksanakan program pemuda masuk kampung dalam mendekati rakyat terutama golongan muda diperingkat akar umbi.
"Program ini akan mengerat silaturahim silaturahim selain menjalankan aktiviti amal termasuk gotong-royong dan derma darah," katanya.
Matmin telah mengariskan lima hala tuju pergerakan pemuda sebagai panduan gerak kerja pemuda iaitu Permuda Bersatu, Permuda Berprinsip, Pemuda Inklusif, Pemuda Relevan dan Pemuda Proaktif.

Petikan dari http://www.keruak.com

0 ulasan:

Template by : kendhin x-template.blogspot.com