Isnin, 8 Jun 2009

Perutusan Setiausaha Agung UMNO

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t, atas segala nikmat dan kekuatan yang telah diberikan kepada kita dan semua warga UMNO kerana kita terus kukuh dalam mengekalkan kesinambungan parti yang menjadi warisan dari generasi kepimpinan terdahulu.
Kita telah bersama-sama mengharungi pahit getir yang menguji kekuatan dan kerukunan kita dalam satu organisasi, secara tidak langsung menjadi satu kesatuan kepada bangsa Melayu untuk membangun, maju dan mencapai kecemerlangan dalam pelbagai arena.
Peredaran masa membawa bersama pelbagai tuntutan dan cabaran baru terhadap parti ini. Kita sentiasa mempunyai keupayaan dan kekuatan untuk berdepan dengan pelbagai cabaran seiring dengan rintangan yang telah kita hadapi dalam satu jarak waktu yang lampau.
Pengaruh globalisasi, liberalisasi dan perkembangan dalam dunia teknologi maklumat dan komunikasi ke atas segenap aspek kehidupan kita sekarang sangatlah ketara.
Justeru, laman rasmi UMNO iaitu www.umno-online ini akan menjadi wadah kepada ahli-ahli dan masyarakat amnya sebagai sumber maklumat untuk mengetahui perkembangan semasa dengan pantas, lengkap dan padat.
perjuangan UMNO perlu diteruskan dan nikmat kemerdekaan yang dikecapi hari ini perlu diwariskan kepada generasi akan datang serta hasrat untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang sentiasa menghargai semangat perjuangan dan pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan dapat.
Lantaran itu, diharap juga maklumat yang terkandung di dalam web ini akan menjadi wadah kepada generasi muda dalam menyingkap dan menelusuri rentetan perjuangan UMNO dan sejarah kemerdekaan Malaysia.
Selamat melayari laman web UMNO.Org dan UMNO-Online ini di mana kini segalanya menjadi lebih mudah hanya dihujung jari anda.
‘ Informasi Merentas Masa’

BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

UMNO BAHAGIAN SABAH

UMNO Bahagian Kudat
Pejabat UMNO Bahagian
Peti Surat 315 89058 Kudat
SABAH

UMNO Bahagian Kota Marudu
Pejabat UMNO Bahagian Kota Marudu
Peti Surat 33489108 Kota Marudu
SABAH

UMNO Bahagian Kota Belud
Pejabat UMNO Bahagian Kota Belud
Tingkat 1, Komplek CenteneryPeti Surat 8989158 Kota Belud
SABAH

UMNO Bahagian Tuaran
Pejabat UMNO Tuaran Peti Surat 566 Lot 13
Jalan Datuk DahlanTingkat 289208 Tuaran
SABAH

UMNO Bahagian Sepanggar
Pejabat UMNO Bahagian Sepanggar749
Jalan Saga, Off Jalan Tuaran88400 Kota Kinabalu
SABAH
UMNO Bahagian Kota KinabaluLot No. 5,
Tingkat 2 & 3, Wisma YAKIM
Jalan Dato Salleh Sulong
88000 Kota Kinabalu
SABAH

UMNO Bahagian Putatan
Pejabat UMNO Bahagian PutatanLot 3 Ting. 2,
Blok C, Putatan Point
88200 Kota Kinabalu SABAH

UMNO Bahagian Penampang
Pejabat UMNO Bahagian PenampangLot 24,
Tkt 1, New World Commercial Centre
Penampang, Peti Surat 3689507 Penampang, Kota Kinabalu
SABAH

UMNO Bahagian PaparPejabat UMNO Bahagian PaparPeti Surat 11289607 Papar SABAH

UMNO Bahagian Kimanis Lot A5 Tingkat 1, Lot BBongawan Plaza89709 BogawanSABAH

UMNO Bahagian BeaufortPejabat UMNO Bahagian Beaufort Peti Surat No. 172 89808 Beaufort SABAH

UMNO Bahagian Sipitang Pejabat UMNO Bahagian Sipitang Lot 2 Bangunan Kompleks Gunung Emas Tingkat 1 Peti Surat 3189857 Sipitang SABAH

UMNO Bahagian Ranau Pejabat UMNO Bahagian RanauPeti Surat 208Lot No. 8 Tingkat 1, Bangunan Pasar Lama89308 Ranau, SABAH

UMNO Bahagian KeningauPejabat UMNO Bahagian KeningauPeti Surat 1157 89008 Keningau SABAH

UMNO Bahagian Tenom Pejabat UMNO Bahagian TenomLot No. 1, Taman Eng HuatWDT 150, 89908 Tenom SABAH

UMNO Bahagian PensianganPejabat UMNO Bahagian Pensiangan Tingkat 3 Blok A1 Lorong Chu Shin KeeKompleks Pegalan Peti Surat 28889008 Keningau SABAH

UMNO Bahagian Beluran Pejabat UMNO Bahagian Beluran Blok A, Lot 23Tingkat 1, Bangunan Hsiang GardenPeti Surat 100090008 Sandakan
SABAH

UMNO Bahagian Libaran Pejabat UMNO Bahagian Libaran Blok 3&4 Taman Fajar Perdana Batu 7 Jalan Airport Peti Surat 1521 90716 Sandakan SABAH

UMNO Bahagian Batu SapiUnit Pemimpin Kemajuan RakyatKawasan N.43 SekongLot 1A & 1B, Peti Surat 364690740 Sandakan SABAH

UMNO Bahagian Sandakan Pejabat UMNO Bahagian SandakanTingkat 1 Lot 2 & 3 Blok C Jade Garden Batu 1 ½ Jalan Utara 1Peti Surat No. 16 90008 Sandakan SABAH

UMNO Bahagian KinabatanganPejabat UMNO Bahagian KinabatanganBlok A Lot 5 & 6 Tingkat 1 Kompleks Leila Peti Surat 1163 90713 Sandakan SABAH

UMNO Bahagian SilamPejabat UMNO Bahagian SilamMDLD 4507-4508 Blok J Tingkat 1Bandar Wilayah Jasa SinggamataJalan Bunga Raya91100 Lahad Datu SABAH

UMNO Bahagian SempornaPejabat Urusetia UMNO Bahagian P.189Bandar Baru Peti Surat 23 91307 Semporna SABAH

UMNO Bahagian Tawau TB 4446 Lot 37, Blok GTngkat Bawah & Tingkat 1Jalan Tun Hamdan Sabindo Square91000 Tawau, SABAH

UMNO Bahagian Kalabakan Pejabat UMNO Bahagian Kalabakan No: 255 C Tkt. 7 Bangunan UMNO Kalabakan Town Extension 2, Jalan Dunlop 91000 Tawau SABAH

Strategi Pemuda Umno Sabah

Kuala Lumpur �- Pemuda UMNO Sabah akan menggunakan pendekatan strategi �luar biasa� secara menyeluruh di negeri itu dalam usaha memperkukuhkan jentera parti di setiap peringkat sekaligus mengekalkan rekod kemenangan cemerlang Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun Ketua Penerangannya, Mohd Nazri Abdullah belum bersedia mendedahkan strategi tersebut tetapi menyatakan ia merupakan kesinambungan daripada gerak kerja jentera parti sebelum ini.
Gerak kerja tersebut jelasnya telah memberi impak yang begitu positif namun pada kali ini pelaksanaannya akan dilakukan secara agresif bagi meningkatkan lagi kecekapan khususnya jentera pilihan raya Pemuda BN negeri.
�Selain pendekatan turut padang secara total untuk mendekati masyarakat akar umbi, jentera Pemuda juga akan memainkan peranan sebagai pemudah cara kepada rakyat bagi menyalurkan pelbagai maklumat dan penerangan bagi memupuk kefahaman jitu berhubung dasar perjuangan parti seterusnya mengunci percubaan pembangkang untuk menaburkan pelbagai dakyah pembohongan�, katanya kepada laman webPemuda ketika dihubungi di sini, hari ini.
Melalui pendekatan seumpama ini beliau yang juga Ketua Penerangan Pemuda BN negeri percaya ia akan memberi nilai tambah kepada gerakan jentera parti yang setakat ini telah melaksanakan setiap program yang dirancangkan dengan sistematik dan berkesan.

Pemuda Umno Kinabatangan

KINABATANGAN: Umno Bahagian Kinabatangan mensasarkan lebih 5000 pengundi baru akan didaftar kepada Suruhajaya Pilihanraya (SPR) dalam tahun ini.
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kinabatangan, Matmin Etin berkata gerakan pendaftaran pengundi baru ini telah dilaksanakan bermula 16 Mac lepas.
"Setakat ini kita telah mendaftar hampir 500 orang pengundi baru termasuk sejumlah kecil pengundi yang beralamat di luar Kinabatangan," katanya ketika melihat program gerakan pendaftaran bergerak di Tongod, baru-baru ini.
Beliau menambah telah sepuluh buah zon dari pada 21 zon mengundi telah digerakkan pendaftaran secara bergerak ini.
"Setiap kali Umno bahagian melaksanakan program, pihaknya akan menjalankan program pendaftaran bergerak ini selaras dengan misi dan visi Ketua Umno Bahagian yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar Radin," katanya sambil menambah gerakan pendaftaran ini turut mendaftar ahlia-hli Umno baru dan pendaftaran kebajikan.
Matmin menegaskan program pendaftaran bergerak ini akan dilaksanakan oleh pergerakan pemuda secara berterusan dalam program-program akan datang di 21 zon mengundi ini.
Dalam pada itu, beliau turut memberitahu dimana Pergerakan Pemuda Umno Kinabatangan akan melaksanakan program pemuda masuk kampung dalam mendekati rakyat terutama golongan muda diperingkat akar umbi.
"Program ini akan mengerat silaturahim silaturahim selain menjalankan aktiviti amal termasuk gotong-royong dan derma darah," katanya.
Matmin telah mengariskan lima hala tuju pergerakan pemuda sebagai panduan gerak kerja pemuda iaitu Permuda Bersatu, Permuda Berprinsip, Pemuda Inklusif, Pemuda Relevan dan Pemuda Proaktif.

Petikan dari http://www.keruak.com

Template by : kendhin x-template.blogspot.com